JALUR LEBAR
Jalur lebar (Bahasa Inggeris: broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).
INISIATIF JALUR LEBAR NEGARA
- Pusat Internet Rakyat and Pusat Mini Komuniti Jalur Lebar
- Inisiatif 1 Juta Netbook untuk dieadarkan kepada pelajar dari keluarga miskin diseluruh negara
- Menubuhkan E-Kiosks
- Pusat Jalur Lebar Komuniti ke rumah
- Peluasan liputan selular
PERLAKSANAAN
Strategi Pelaksanaan Jalur Lebar Negara atau dikenali sebagai Pelan Jalur Lebar Negara (NBI) adalah strategi yang dapat mengembangkan penggunaan jalur lebar ke seluruh Negara. Pada tahun 2007, kerajaan Malaysia telah menetapkan sasaran jalur lebar dimana untuk mencapai 50 peratus kadar penembusan jalur lebar bagi setiap isi rumah pada penghujung tahun 2010.Atas tujuan itu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan 5 inisiatif pada 24 Mac 2010.
Satu strategi telah dikenal pasti merangkumi kedua dua aspek penawaran dan permintaan jalur lebar. Dari aspek penawaran, kemudahan dan perkhidmatan jalur lebar akan dilaksanakan ke seluruh negara. Penghantaran perkhidmatan adalah melalui penyambungan dengan wayar dan tanpa wayar. Namun begitu, kewujudan jalur lebar dan liputan khidmat telefon mudah-alih akan diperluaskan di bawah inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).
Untuk kawasan impak ekonomi tinggi, perkhidmatan jalur lebar semasa akan dipertingkatkan lebih daripada 10 Mbps. Kerajaan telah menandatangani Perjanjian Perkongsian Awam Swasta bersama Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk membekalkan kemudahan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi di kawasan tertentu. Projek ini dinamakan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.
Berdasarkan pemahaman dimana penawaran tunggal tidak mencukupi, satu strategi yang berkesan telah dilaksanakan untuk menggalakkan permintaan dimana penekanan terhadap kesedaran, daya tarikan dan tahap mampu-milik.
Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran adalah melalui kesinambungan penglibatan kerajaan dan sektor swasta di dalam program kesedaran dan inisiatif kapasiti pembangunan. Dalam peringkat untuk meningkatkan daya tarikan terhadap kandungan talian, usaha lebih menumpukan untuk mengukuhkan and mempromosi e-Kerajaan, e-Pendidikan dan e-Perbankan.
No comments:
Post a Comment