Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
SKMM adalah
sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar
kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. SKMM
mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia
yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga perkhidmatan internet,
pos dan pensijilan digital.
AKM mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala kuasa membuat keputusan tentang dasar diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.
AKM mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala kuasa membuat keputusan tentang dasar diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.
Laman
Rasmi :
Untuk
maklumat lanjut, sila layari http://www.skmm.gov.my
Pengenalan
Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk VIDEO, PORTAL INTERNET, APLIKASI MUDAH ALIH atau pun RASPBERRY PI DAN ARDUINO. Tema bagi pertandingan ini adalah “INOVASI JALUR LEBAR – GAYA HIDUP DIGITAL MALAYSIA”
Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) video penyertaan untuk kategori video adalah TIDAK LEBIH daripada 5 minit manakala untuk kategori PORTAL INTERNET, APLIKASI MUDAH ALIH dan RASPBERRY PI DAN ARDUINO adalah TIDAK LEBIH daripada 1 minit dan pada umumnya bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.
Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
- Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan;
- Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan; dan
- Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan.