Terdapat banyak sebab yang kukuh untuk membangunkan sebuah Digital Malaysia. Ia adalah respon kita terhadap siri-siri trend yang akan membina kes teguh bagi mempercepatkan langkah Malaysia ke arah menjadi Ekonomi Digital yang berfungsi sepenuhnya dan inovatif.
Dorongan Pemangkin Digital Global
Teknologi digital semakin penting sebagai penyumbang utama kepada KDNK sesebuah negara. Disamping sumbangan langsung kepada KDNK menerusi pertambahan dalam penggunaan, pelaburan persendirian, perbelanjaan kerajaan dan eksport, ia juga menyumbang kepada KDNK dalam sebilangan cara yang tidak langsung dan membawa manfaat yang besar bagi perniagaan. Misalnya, dengan pertambahan penjimatan kos dan kecekapan menerusi e-Perdagangan, akan terdapat pertambahan dalam perolehan berasaskan-dalam talian, dan peningkatan produktiviti dengan alat-alat digital. Ia juga memberi manfaat kepada pengguna dalam pelbagai cara, misalnya, membolehkan penyelidikan dan pembelian dalam talian, kos pembelian lebih rendah dan kandungan dalam talian percuma.
Merebak ke seluruh Global |
Teknologi digital telah berkembang secara ketara dari segi perluasannya dalam tempoh lima tahun ini. Hari ini, terdapat lebih daripada dua bilion pengguna internet di seluruh dunia, dengan kadar penembusan global lebih daripada 30%. Ini pasti akan meningkat lebih lagi dan dipacu dengan penggunaan empat teknologi/konsep digital yang baru iaitu: peranti mudah alih, media sosial, “cloud” dan benda berinternet.
|
Ekonomi Malaysia berada pada titik infleksi. Malaysia sudah membina sektor perkilangan yang teguh dan eonomi berasaskan perkhidmatan. Gelombang perubahan seterusnya adalah perkembangan ekonomi yang akan datang dari pembinaan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan, serta teknologi digital sebagai pemacu utama fasa perkembangan seterusnya.
|
Malaysia telah membina asas yang teguh untuk memacu pembangunan ekonomi digitalnya. Ia memiliki aplikasi dan penggunaan ICT yang kukuh. Inisiatif-inisiatif yang sedia adalah seperti projek MSC Malaysia termasuk inisiatif baru di bawah Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi akan terus mengukuhkan asas tersebut. Malah, inisiatif-inisiatif ini dijangka menyumbang sebanyak RM220 bilion kepada PNK Malaysia menjelang 2020.
Beralih dari golongan berpendapatan sederhana menjadi golongan berpendapatan tinggi
Malaysia telah muncul teguh sebagai peneraju ekonomi digital di kalangan negara-negara membangun. Menurut penarafan Ekonomi Digital EIU, Malaysia berada di posisi 36 daripada 70 negara. Kini tiba masanya untuk menggerakkan Malaysia ke dalam golongan berpendapatan tinggi di kalangan negara-negara membangun di barisan depan inovasi dan penggunaan digital, menyemainya untuk pembangunan ekonomi Malaysia.
No comments:
Post a Comment