Digital ialah satu teknologi data yang menggunakan nilai-nilai diskrit. Berlawanan dengan sistem bukan digital (atau analog) yang menggunakan julat nilai-nilai yang selanjar untuk mewakili maklumat. Walaupun pewakilan digital adalah diskrit, maklumat yang boleh diwakilkan adalah sama ada diskrit. Misalnya nombor, huruf atau arca bunyi, imej, dan lain-lain pengukuran sistem selanjar.
Gaya hidup digital adalah istilah yang seringkali digunakan untuk menggambarkan gaya hidup moden yang sarat dengan teknologi informasi (IT). Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Makaysia (MCMC) merancang memperkenalkan inisiatif gaya hidup digital yang mengandungi enam ekosistem gaya hidup digital seperti pengangkutan, pertanian, hiburan, pendidikan, daerah dan kerja. Inisiatif itu bertujuan menawarkan kehidupan yang lebih baik dan bersambung untuk tujuan perniagaan dan social. Inisiatif itu akan menyediakan gaya hidup yang dipertingkatkan. Gaya hidup digital adalah serupa dengan “Internet of Things” iaitu rangkaian pengesan tanpa wayar yang dikomfigurasikan sendiri yang menyambungkan pelbagai benda.
No comments:
Post a Comment